Mesyuarat di Penang


Pada 6 April lepas, aku kena gi Penang. Cam biasa la mesyuarat. Pergh... Mmg la musim pilihanraya... Kebetulan lak aku lalu kat Changkat Jering (awat nama dia lagu tu?) sebagai jalan short-cut (sebenarnya nak elak tol :)) ).


Jenuh mencari venu mesyuarat tu, alhamdulillah jumpa la jugak. Yang menariknya, aku tanya cleaner kat Petronas, dia bagi navigasi cam GPS -> tepat (siap landmark :D). Tq pakcik... Mmg la orang kenal tempat mesyuarat tu :))


Chaist... aku ingat abis cepat la, buleh la ronda2. Abis je meeting kul 5pm (letihnya...), aku terus telepon membe, ajak minum. Yess!! Dapat aku numpang rumah dia malam tu. Jimat2x...


Sebenarnya, aku nak crite pengalaman menarik aku kat Penang tu (Kepala Batas).


Siapa sangka masjid ada WiFi? Pergh... aku respek gile kat masjid kat Penang ni... Aku diberitahu masjig yang aku singgah masa Zohor tu asalnya surau yang dinaik taraf... Bayangkan la, seminggu leh kutip >RM2k ! Memang patut la dijadikan masjid. Tapi siap ada WiFi tu yang tak tahan! Kehkeh... Leh cek email. Venu meeting aku tu internet down pulak :((


Malam tu aku, Mr A (membe aku tu), Mr S (membe setaman) & Mr X (lupa apa nama) pi ronda2 kawasan Kepala Batas. Sempat la aku beli jeruk untuk bini aku (aku yang teringin :P). Pusing punya pusing membe aku melencong ke rumah kenalan, Pak Li. Pelik gak, apasal membe aku suh bawak Jeruk dan bagi pada Pak Li...?


Baru la aku tau... Pak Li ni pengamal perubatan alternatif. Membe2 ni nak berubat rupanya. Kat sini la aku kenali Pak Li yang aku anggap mmg bukan org sembarangan. Banyak barang-barang menarik (lama) kat rumah Pak Li yang digantung dan dipamerkan. Aku ingat dia ni bekas askar la... Sebelum kitorang beredar, sempat Pak Li pesan aku... Jangan nilai orang dengan sekali pandang je. Isk2x, terasa2x...

0 comments:

Premium Services Bagaimana Artikel Ini?Sila Berikan Komen Anda Dibawah!
Mari melanggan Feed RSS|Mari Melanggan Comment RSS
Blog ini adalah Do Follow!!

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Lifestyle theme by Brian Gardner Convert by Bloganol.com Edit by Arieyblog

top