Malam tadi aku sempat singgah ke Masjid Ma'muriah, Sg. Besar atas jemputan Forum Kefahaman POLIGAMI. 3 orang panel dengan 3 latar profession berbeza telah dijemput; seorang pegawai JAKIM (ada 2 isteri), seorang doktor (juga 2 isteri), dan seorang pendaftar nikah (hakim kut...) dari JAIS. Pelbagai isu dibincangkan tak kurang isu-isu hangat yang biasa kita dengar. Ini la rumusan aku dari ceramah semalam:
- Boleh berpoligami (ada 3 hukum - sunat jika mampu, makruh, dan haram jika tak mampu)
- Mampu dikira dari 3 aspek dengan formula 'RAS' - beRAS (ada harta), waRAS (berakal), dan keRAS (nafkah batin).
- Pernikahan yang guna cara 'alternatif' (nikah lari di SIAM, guna sidiket) difatwa HARAM kerana tak guna pegawai negeri yang dilantik Sultan/Raja - ketua agama di Malaysia.
- TIDAK BOLEH nikah di negeri lain (calon isteri/suami orang Selangor, nikah di Kelantan) . Ya ka?
- Ada 2 pepatah berkenaan poligami yang menarik; versi P. Ramle - 1 banyak, 2 sedikit-sedikit, 3 jarang-jarang, 4 kadang-kadang & versi Banjar - 1 belajar, 2 belajar-belajar, 3 baru belajar, 4 baru Banjar, 5 kurang ajar...
- Proses permohonan poligami memang mengambil masa kerana kekurangan staf dan prosedur yang memakan masa.
- Isteri pertama perlu hadir ke Mahkamah untuk memberikan persetujuan dan bukan sekadar tandatangan borang (macam kat drama).
- Nikahlah mengikut peraturan jika tak mahu timbul masalah perwarisan harta pada isteri terutamanya pada isteri yang baru (tidak diiktiraf).
- Ikut sunnah, beri setiap isteri rumah berasingan untuk mengelakkan fitnah. Tak pasal2 nanti perang pulak. Kena la mampu dulu...
Hm... Susah sebenarnya Poligami ni. Nikmatnya sikit, susahnya banyak (kalu x jaga betul2). Pesan ahli panel tu lagi... kena buat paperwork dulu sebelum berPoligami. Jaga niat untuk ibadah (sebab sorang panel tu mmg kawin ngan janda 7 anak!). Jika ikhlas... InsyaAllah keluarga akan dijaga Allah dan dapat kebahagian di dunia dan akhirat (Payung Emas untuk isteri pertama di akhirat nanti). Aku rasa payung mas yang dijanjikan untuk isteri pertama sbg balasan tu mmg simbolik. Bila kita (isteri) membenarkan suami mengahwini wanita lain (janda dan andartu terutamanya), sebenarnya kita melindungi saudara kita tu dari dizalimi atau tertindas ibarat kita memayunginya dari bahana di dunia... Indahnya Islam.
"Hidup selamba tapi beriman"
0 comments:
Mari melanggan Feed RSS|Mari Melanggan Comment RSS
Blog ini adalah Do Follow!!
Post a Comment